11 October 2012

20120918 - Minggu Interaksi Senior Junior (MISJU) Hari Pertama


Minggu Interaksi Senior Junior (MISJU) Kolej Kediaman Ungku Aziz dimulakan dengan taklimat dan pemberian kad merit pada malam 18 September 2012 (Selasa).



Sesi pendaftaran senior dan junior berlangsung dari 8.30 malam, di mana junior dibahagikan kepada 7 sel, iaitu Sel A hingga G. Manakala senior pula mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran senior di luar Dewan Pendeta. 





Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan dan taklimat aturcara MISJU daripada pengarah program ini, saudara Ng Chyi Chun (PM SpiderMan). Beliau turut menerangkan objektif dan tema MISJU yang penuh bermakna bagi sesi ini, iaitu Interaksi Asas Integrasi.


Ng Chyi Chun (PM Spiderman), Pengarah MISJU.

Acara diteruskan dengan taklimat mengenai sukaneka yang disampaikan oleh saudara Adib Fitrie (PM Batman) termasuklah acara-acara sukaneka yang akan dijalankan serta cara untuk menyertai acara-acara tersebut pada hari Khamis nanti.


MC, Siti Nur Iylia (PM Elektra) bersama Adib Fitrie (PM Batman).

Seterusnya, saudari Siti Nur Iylia (PM Elektra) pula meneruskan acara malam ini dengan taklimat mengenai pertandingan kesenian dan Talentime. Acara-acara yang dipertandingkan dalam Pertandingan Kesenian MISJU adalah acara koir, dikir barat dan tarian.




Puan Nor Nismawati Mokhtar, yang merupakan felo yang turut hadir pada malam itu, memberi taklimat tentang sistem merit dan demerit serta kad merit yang akan diedarkan kepada penghuni-penghuni KUAZ.



Puan Nor Nismawati Mokhtar.


Kemudian diikuti dengan sesi bersama pembantu sel, di mana borang penyertaan sukaneka dan pertandingan kesenian MISJU diedarkan kepada setiap sel bagi memilih ahli sel yang akan menyertai acara-acara tersebut. Setiap acara mesti disertai oleh senior dan junior. 



Acara pada malam ini tamat pada pukul 9.30 malam. Semua sel menunggu giliran untuk mengambil kad merit di samping membuat perbincangan tentang acara sukaneka dan pertandingan kesenian yang akan dijalankan pada hari Khamis nanti.


.
.
.
.

Wartawan: Nabihah bt Mohd Noor & Azri Nadiah bt MohdYani

Editor: Ng Mei Hua





0 komen:

Post a Comment

UM Website
KUAZ Official Website
KUAZ Official Website >> Blog