07 October 2010

Rumah Terbuka KUAZ

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Rumah Terbuka KUAZ '10 terutama sekali kepada pengarahnya Saudara Fahmi bin Adilah atas kejayaan menganjurkan acara ini dengan jayanya. Untuk pengetahuan semua, Rumah Terbuka KUAZ dianjurkan oleh JIK/JTK dengan kerjasama Komuniti Melayu KUAZ dan JKP KREATIF KUAZ. Majlis ini telah berlangsung pada 2 Oktober 2010. Tepat jam 10.00 pagi pertandingan 'Menganyam Ketupat Terbanyak' telah berlangsung diikuti pertandingan 'Karaoke Raya' pada jam 11.00 pagi. Setiap JKP, Kelab dan Komuniti telah menghantar wakil untuk pertandingan-pertandingan tersebut.

Kemudian pada jam 12.00 tengah hari jamuan Hari Raya berlangsung. Majlis dirasmikan oleh Pengetua KUAZ, Dr Nadhratul Wardah Hj. Salman. Turut hadir dalam majlis ini ialah barisan penyelia dan staff kolej. Kemeriahan aidilfitri jelas terasa dengan kehadiran warga kolej yang mengenakan pakaian tradisional yang indah-indah belaka. Diharapkan program ini telah berjaya memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga kolej yang berbilang kaum dan bangsa.

 
 
 
 
 
 
 


0 komen:

Post a Comment

UM Website
KUAZ Official Website
KUAZ Official Website >> Blog