25 August 2010

Latihan Kebakaran KUAZ


Pada 24 Ogos 2010 telah diadakan satu latihan kebakaran (fire drill) untuk para penghuni Kolej Kediaman Ungku Aziz (KUAZ). Latihan kebakaran ini dijalankan saban tahun bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni KUAZ mengenai cara yang betul untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran.

Loceng amaran kebakaran telah dibunyikan tepat jam 1.40 pagi. Ketua aras dan ketua blok berperanan memastikan kebajikan dan keselamatan setiap penghuni di aras masing-masing. Setelah semua penghuni kolej selesai berkumpul, beberapa ahli bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai telah memberi taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan  yang perlu diambil semasa kebakaran serta demonstrasi mengenai cara-cara menggunakan alat pemadam api dengan betul. Beberapa orang pelajar yang bertuah telah diberi peluang untuk memadamkan api yang besar menggunakan alat pemadam api jenis debu kering (ABC). Latihan kebakaran tamat pada jam 3.30 pagi.






















1 komen:

tsuciya sephia said...

pnt2..mmg mguji ksabaran..he4

Post a Comment

UM Website
KUAZ Official Website
KUAZ Official Website >> Blog