30 August 2010

PERUTUSAN KHAS PRESIDEN KOLEJ SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE 53

Pada tahun ini bermula detik 12.00 tengahmalam 31 ogos 2010 maka genaplah 53 tahun usia kemerdekaan yang seluruh warganegara Malaysia kecapi sehingga ke saat ini.Selama 53 tahun ini jugalah negara kita bangkit dan bangun daripada penjajahan lebih daripada ratusan tahun dahulu Pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi sebelum menikmati kemerdekaan ini sehinggalah kita merasai kemerdekaan ini sehingga kini.Dalam usia 53 tahun ini jugalah negara kita tuntas bangun daripada sebuah negara yang berada di hujung asia tenggara bingkas menjadi terkenal sehingga ke pelusok dunia.Kita bersyukur kepada ALLAH kerana sehingga kini kemerdekaan yang kita kecapi ini terus terpelihara dan dipertahankan dan kita mengharapkan kemerdekaan ini akan terus berkekalan untuk selama-lamanya.Namun kita bukan sahaja mengharapkan kemerdekaan ini semata-mata,kerana ada yang lebih penting daripada itu iaitu untuk mengisi kemerdekaan ini.Apa gunanya kita merdeka jika minda dan pemikiran kita masih terjajah?Apa gunanya kita merdeka jika negara dan rakyat kita terus dibelenggu dengan kadar kemiskinan yang tinggi?Apa gunanya kita merdeka jika rakyat dan masyarakat tidak bersatu padu?Apa gunanya kita merdeka jika ekonomi kita jatuh merudum?Apa gunanya kita merdeka jika kejahatan terus bermaharajalela.?Apa gunanya kita merdeka jika rasuah berleluasa?Apa gunanya kita merdeka jika pemimpin sendiri yang merosakkan negara?Semua persoalan ini merupakan perkara yang paling penting untuk dipenuhi dalam tuntutan kemerdekaan.Kita mahu kemerdekaan yang kita kecapi selama 53 tahun ini akan lebih bermakna dari satu tahun ke tahun yang mendatang.Jika tidak samalah juga kita seperti berada di zaman penjajahan dahulu.

Kemerdekaan di negara kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Kemerdekaan yang kita capai ini bukan semata-mata bergantung kepada perjuangan satu bangsa sahaja,tetapi kemerdekaan ini hasil daripada kesepakatan dan toleransi antara tiga kaum terbesar di negara kita iaitu melayu,cina dan india.Semangat toleransi dan kerjasama ini lah merupakan satu formula yang berkekalan sehingga kini hasil daripada perpaduan yang telah kita bina sejak sekian lama.Walaupun perpaduan ini pernah dicalarkan dengan peristiwa 13 mei 1969 namun rakyat kita terus sedar bahawa semangat perpaduan ini sangat penting dalam memastikan kemerdekaan ini terus dipelihara.Tema kemerdekaan kita pada tahun ini iaitu 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI membawa erti yang sangat mendalam dalam memastikan kemerdekaan ini terus dipertahankan.Kemajuan dan pembangunan negara tidak akan dapat kita rasai sekarang ini dan masa akan datang andai kata perpaduan kita goyah dan musnah.Semua kemajuan ini tidak akan tercapai tanpa keamanan dan keselesaan warganegara Malaysia ini dibawah satu bumbung dan payung iaitu Negara Malaysia.Perpaduan merupakan teras utama dalam kita memastikan keamanan ini terus dipelihara.Dengan cara ini mudah bagi kita untuk mengubah landskap pembangunan negara ini kepada yang lebih canggih dan maju seiring dengan wawasan 2020.

Saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 53 kepada seluruh warganegara Malaysia terutama sahabat dan kawan-kawan mahasiswa warga kampus di UNIVERSITI MALAYA.Universiti ini menjadi kebanggaan kita dan seluruh rakyat Malaysia kerana selepas kemerdekaan pusat intelektual inilah yang telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin besar yang terus mempertahankan dan memperjuangkan supaya kemerdekaan ini akan terus dipelihara.Sebagai Mahasiswa kita perlulah memastikan legasi kepimpinan yang menerajui pemerintahan negara ini akan terus mempertahankan dan mengisi kemerdekaan ini.Mahasiswa merupakan golongan anak muda yang bersemangat waja dan berjiwa patriotik akan terus memastikan kemerdekaan ini terpelihara.Jangan ada yang cuba membakar api kemarahan mahasiswa dengan memperlekeh dan mempermainkan keamanan dan kedaulatan negara ini.Mahasiswa tidak akan pernah berdiam diri jika ada yang cuba membakar api perpaduan yang telah kita bina selama ini demi memastikan kemerdekaan yang kita laung-laungkan ini akan terus dihayati dan dipertahankan.

SEKIAN

``MAHASISWA MENJANA TRONSFORMASI KEMERDEKAAN``

Perutusan Khas,

MOHD ASRI ZULKIFLI
JURUCAKAP SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UM(SPKUM)
PRESIDEN KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ UNIVERSITI MALAYA

25 August 2010

Latihan Kebakaran KUAZ


Pada 24 Ogos 2010 telah diadakan satu latihan kebakaran (fire drill) untuk para penghuni Kolej Kediaman Ungku Aziz (KUAZ). Latihan kebakaran ini dijalankan saban tahun bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni KUAZ mengenai cara yang betul untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran.

Loceng amaran kebakaran telah dibunyikan tepat jam 1.40 pagi. Ketua aras dan ketua blok berperanan memastikan kebajikan dan keselamatan setiap penghuni di aras masing-masing. Setelah semua penghuni kolej selesai berkumpul, beberapa ahli bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai telah memberi taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan  yang perlu diambil semasa kebakaran serta demonstrasi mengenai cara-cara menggunakan alat pemadam api dengan betul. Beberapa orang pelajar yang bertuah telah diberi peluang untuk memadamkan api yang besar menggunakan alat pemadam api jenis debu kering (ABC). Latihan kebakaran tamat pada jam 3.30 pagi.






















23 August 2010

PROGRAM IHYA` RAMADHAN KUAZ 2010


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Marilah kita sama-sama meraikan kedatangan Ramadhan dengan menghadirkan diri anda ke program-program yang dianjurkan oleh JKP Kerohanian & Perpaduan.

Tema:
Perpaduan Membentuk Masyarakat,
Membina Ukhuwwah Sepanjang Zaman.

Ihya'a Ramadhan akan bermula dari 12/8/10 sehingga 31/8/10 bertempat di Kolej Kediaman Ungku Aziz.

Moga kita sama-sama dapat meraih manfaat serta keberkatan dari program ini.


BARISAN PIMPINAN JTK/JIK KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ MENGALU-ALUKAN KOMITMEN DAN KEDATANGAN ANDA SEMUA KE PROGRAM IHYA` RAMADHAN (IHRAM) KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ INI.SEMOGA ANDA SEMUA AKAN MENDAPAT MANFAAT DARIPADA PENGANJURAN PROGRAM INI SEPANJANG RAMADHAN.

22 August 2010

Bengkel JTK/JIK Fasa 1

Format kertas kerja

Pada 21 Ogos 2010, pihak pentadbiran Kolej Kediaman Ungku Aziz telah menganjurkan satu bengkel yang dinamakan Bengkel JTK/JIK Fasa 1. Bengkel ini telah disertai oleh semua JTK dan JIK serta ahli majlis tertinggi setiap JKP, kelab, dan komuniti kaum. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej Kediaman Ungku Aziz, Dr. Nadhratul Wardah binti Hj. Salman.

Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memberi garis panduan kepada peserta mengenai prosedur-prosedur untuk menjalankan projek di kolej kediaman seperti penyediaan kertas kerja projek, penyediaan belanjawan projek, laporan penyediaan projek, format surat menyurat, prosedur memohon peralatan serta prosedur membuat aduan.

Bengkel ini tamat pada jam 4.30 petang.

Sesi bersama En. Imran

Sesi amali

Sesi amali

Pembentangan kertas kerja

Ucapan daripada En. Naim

Malam Sireh Pulang Ke Gagang '10

Tanggal 7 Ogos 2010 adalah merupakan satu malam bersejarah bagi penghuni-penghuni KUAZ yang telah menamatkan pengajian mereka di Universiti Malaya dengan jayanya. Malam Sireh Pulang Ke Gagang (Malam SPKG) diadakan saban tahun untuk memberi penghargaan kepada para graduan Kolej Kediaman Ungku Aziz yang telah berjaya memperoleh segulung ijazah dari Universiti Malaya. Pengarah projek ini ialah Haziq bin Md Isa. Majlis berlangsung di Dewan Pendeta Kolej Kediaman Ungku Aziz. Majlis telah dirasmikan oleh Pengetua KUAZ, Dr. Nadhratul Wardah binti Hj. Salman. Turut hadir dalam majlis ini ialah mantan Pengetua, Prof Madya Dr. Abdul Jalil bin Othman.






21 August 2010

Selamat Datang kepada Pengetua Baru KUAZ

Pengetua KUAZ


Selamat datang diucapkan kepada pengetua Kolej Kediaman Ungku Aziz yang baru iaitu Dr. Nadhratul Wardah binti Hj. Salman. Beliau akan mula berkhidmat pada 1 Ogos 2010.

Barisan Pimpinan JTK/ JIK Kolej Kediaman Ungku Aziz Sesi 2010/2011



Pada 31 Julai 2010 telah diadakan satu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) dan Jawatankuasa Induk Kolej (JIK) Kolej-kolej Kediaman Universiti Malaya Sesi 2010/2011 yang bertempat di Auditorium Kompleks Perdanasiswa. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh bekas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) Prof Madya Datuk Dr. Azarae Idris.

UM Website
KUAZ Official Website
KUAZ Official Website >> Blog