27 January 2011

Happy Chinese New Year


Barisan JTK/JIK Kolej Kediaman Ungku Aziz mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga kolej yang menyambutnya. Xin Nian Kuai Le!

14 January 2011

Melati & Melur

Pasukan Teater Kolej Kediaman Ungku Aziz akan bertanding dalam KAVITER '11 dan akan mementaskan teater "Melati & Melur" pada:


Tarikh: 15 Januari 2011 (Sabtu)
Masa : 2.30 p.m.
Tempat: Auditorium Kompleks Perdana Siswa (KPS)


Semua warga Kolej Kediaman Ungku Aziz dijemput hadir untuk menonton dan memberi sokongan kepada Pasukan Teater KUAZ.


MASUK ADALAH PERCUMA~

08 December 2010

-PENGUMUMAN-

CHECK OUT BAGI KOLEJ DILEWATKAN PADA 11 HB DESEMBER INI BAGI MEREKA YANG MASIH MENDUDUKI PEPERIKSAAN PADA 10 HB. ANDA SEMUA BOLEH MEMULANGKAN KUNCI KE PEJABAT KOLEJ PADA 11 DAN 12 HB INI DENGAN MELETAKKANNYA KE DALAM BOX KUNCI DIHADAPAN PEJABAT KOLEJ. KERJA-KERJA PEMBERSIHAN BILIK AKAN DILAKUKAN PADA 11 HB. BILIK ANDA KEKAL DAN TIADA PERUBAHAN PADA SEMESTER HADAPAN. 

Update:
WAKTU PEMULANGAN KUNCI PADA 11 HB DESEMBER INI SELEWAT-LEWATNYA JAM 9.00 PAGI KERANA PADA JAM 11 PAGI PELAJAR YANG AKAN MENGINAP DI KOLEJ  (PELAJAR YANG TIDAK PULANG UNTUK CUTI SEMESTER) AKAN MENDAFTAR MASUK. BAGI YANG TERLEWAT, SILA MASUKKAN KUNCI DAN MAKLUMAT DIRI KE DALAM SATU SAMPUL SURAT DAN LETAKKAN DALAM KOTAK KUNCI DI HADAPAN PEJABAT KOLEJ.

05 November 2010

Selamat Menyambut Hari Deepavali



Barisan JIK/JTK Kolej Kediaman Ungku Aziz mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua warga kolej yang menyambutnya.


*Klik di sini untuk membaca perutusan Deepavali Presiden JTK Kolej Kediaman Ungku Aziz, Mohd Asri bin Zulkifli.

03 November 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan



Barisan JIK/JTK Kolej Kediaman Ungku Aziz mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada semua warga kolej. Diharapkan cuti selama tiga minggu ini digunakan sebaik-baiknya untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan.


21 October 2010

Interfaith Talk


Marilah beramai-ramai datang untuk bersama-sama dalam perbincangan mengenai isu "Pengguguran bayi dan seks bebas menjadi trend?" Semua dijemput hadir.

Masa: 8.30 - 11.30 malam
Tarikh: 24 Oktober 2010
Tempat: Dewan Pendeta Kolej Kediaman Ungku Aziz

KUAZ BLOOD DONATION

Marilah datang beramai-ramai untuk menderma darah. Semua warga UM dijemput hadir. Setiap titisan amat bermakna.

18 October 2010

Jelajah Sukiasi KPT '10

Pada 17 Oktober 2010, Kolej Aminuddin Baki (KAB) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan jelajah ke Kolej Kediaman Ungku Aziz (KUAZ) Universiti Malaya bagi mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua kolej ini. Selain itu, jelajah ini juga bertujuan untuk mengadakan perlawanan persahabatan untuk beberapa acara sukan antaranya bola tampar, futsal, bola jaring, takraw dan catur. Terdapat juga sesi 'Sharing Moments' di mana Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Kolej Aminuddin Baki dan Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) Kolej Kediaman Ungku Aziz berkongsi pendapat dan pengalaman mengenai pelbagai perkara terutamanya yang berkaitan dengan hal-hal kebajikan kolej dan penghuninya.

Para pelajar KAB tiba pada pkul 3.00 petang dan telah disambut oleh para pelajar KUAZ dengan meriah sekali. Kemudian sesi "Sharing Moments" telah diadakan sehingga jam 4.00 petang. Kemudian para pelajar KAB dibawa mengelilingi kawasan kolej untuk melihat sendiri suasana dan persekitaran KUAZ. Tepat jam 5.00 petang semua acara sukan berlangsung serentak dan tamat pada jam 7.00 malam. Pada jam 8.00 malam, semua atlet dari KAB dan KUAZ serta para JMK dan JTK berkumpul di Dewan Pendeta KUAZ bagi menghadiri majlis makan malam dan penutupan program Jelajah Sukiasi KPT '10. Perasmian penutup telah dilakukan oleh En. Imran Nul Hakim Derasip, Penyelia Kolej Kediaman Ungku Aziz. Kemudian upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang perlawanan persahabatan telah diadakan. Majlis tamat pada jam 9.30 malam dan para pelajar KAB bertolak pulang ke UPSI.

Diharapkan agar program ini telah sedikit sebanyak memberi input yang berguna kepada semua pihak yang terlibat seterusnya menyumbang kepada kegemilangan kolej kediaman masing-masing. Insya-Allah.








UM Website
KUAZ Official Website
KUAZ Official Website >> Blog