Assalamualaikum
cinta, Waalaikumussalam rindu #tujuhPetalaCinta
Assalamualaikum pembaca, Waalaikumussalam penulis #salamPapanKekunci
Apa khabar rakyat - rakyat Kerajaan Kuaz sekalian?
Assalamualaikum pembaca, Waalaikumussalam penulis #salamPapanKekunci
Apa khabar rakyat - rakyat Kerajaan Kuaz sekalian?
KUAZIAN!! LET’S GET TOGETHER NOW!
K.U.A.Z
kuuuu az =)
K.U.A.Z
kuuuu az =)
Ahah. Jom kita ke agenda utama entri Kerajaan
Kuaz. Pada malam Rabu yang sangat indah, 19 September 2012 yang lepas, satu
sesi dialog bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar anjuran Pemerintahan
Universiti Malaya telah diadakan di Dewan Gemilang, Kolej Kediaman Raja Dr
Nazrin Shah. Antara tetamu yang telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis
ini sudah tentu TNC sendiri, Permaisuri Prof Datuk Dr.Rohana bt Yusof. Seramai
88 orang rakyat Kerajaan Kuaz yang rajin dan setia turut menghangatkan suasana
di Kediaman Royal tersebut.
Pada pukul 8.30 malam, semua rakyat sesi dialog ini
mula memenuhi Dewan Gemilang. Dalam ucapan dan titah perintah daripada
Permaisuri Prof Datuk Dr Rohana. Selaku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
Pemerintahan Universiti Malaya, baginda permaisuri telah menceritakan tentang
latar belakang pemerintahan. Baginda turut menerangkan mengenai tagline, visi
dan misi Pemerintahan Universiti Malaya. Antara perkara yang telah dibangkitkan
dalam sesi dialog ini adalah masalah jaringan internet, akses facebook HEP,
kemudahan pusat sukan dan masalah bas dan perhentian bas, penginapan kolej, serta masalah tempat
meletak kereta rakyat – rakyat di setiap kolej kediaman.
Sesi dialog akhirnya tamat
tepat pada detik 11 malam. Setelah majlis melabuhkan tirai, rakyat – rakyat
kembali ke kediaman kerajaan masing – masing.
.
.
.
Wartawan: Nabihah Mohd Noor &
Azri Nadiah Mohd Yani
Editor: Nur Ainun Athirah Rodin Jaya
Fotografer: Zatil Hanan Yahaya