11 October 2012

20120919 - Sesi dialog Bersama TNC


Assalamualaikum cinta, Waalaikumussalam rindu #tujuhPetalaCinta
Assalamualaikum pembaca, Waalaikumussalam penulis #salamPapanKekunci

Apa khabar rakyat - rakyat Kerajaan Kuaz sekalian?



KUAZIAN!! LET’S GET TOGETHER NOW!
K.U.A.Z
kuuuu az =)


Ahah. Jom kita ke agenda utama entri Kerajaan Kuaz. Pada malam Rabu yang sangat indah, 19 September 2012 yang lepas, satu sesi dialog bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar anjuran Pemerintahan Universiti Malaya telah diadakan di Dewan Gemilang, Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah. Antara tetamu yang telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ini sudah tentu TNC sendiri, Permaisuri Prof Datuk Dr.Rohana bt Yusof. Seramai 88 orang rakyat Kerajaan Kuaz yang rajin dan setia turut menghangatkan suasana di Kediaman Royal tersebut.



Pada pukul 8.30 malam, semua rakyat sesi dialog ini mula memenuhi Dewan Gemilang. Dalam ucapan dan titah perintah daripada Permaisuri Prof Datuk Dr Rohana. Selaku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Pemerintahan Universiti Malaya, baginda permaisuri telah menceritakan tentang latar belakang pemerintahan. Baginda turut menerangkan mengenai tagline, visi dan misi Pemerintahan Universiti Malaya. Antara perkara yang telah dibangkitkan dalam sesi dialog ini adalah masalah jaringan internet, akses facebook HEP, kemudahan pusat sukan dan masalah bas dan perhentian bas, penginapan kolej, serta masalah tempat meletak kereta rakyat – rakyat di setiap kolej kediaman.



Sesi dialog akhirnya tamat tepat pada detik 11 malam. Setelah majlis melabuhkan tirai, rakyat – rakyat kembali ke kediaman kerajaan masing – masing.




.
.
.

Wartawan: Nabihah Mohd Noor & Azri Nadiah Mohd Yani
Fotografer: Zatil Hanan Yahaya


20120918 - Minggu Interaksi Senior Junior (MISJU) Hari Pertama


Minggu Interaksi Senior Junior (MISJU) Kolej Kediaman Ungku Aziz dimulakan dengan taklimat dan pemberian kad merit pada malam 18 September 2012 (Selasa).



Sesi pendaftaran senior dan junior berlangsung dari 8.30 malam, di mana junior dibahagikan kepada 7 sel, iaitu Sel A hingga G. Manakala senior pula mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran senior di luar Dewan Pendeta. 





Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan dan taklimat aturcara MISJU daripada pengarah program ini, saudara Ng Chyi Chun (PM SpiderMan). Beliau turut menerangkan objektif dan tema MISJU yang penuh bermakna bagi sesi ini, iaitu Interaksi Asas Integrasi.


Ng Chyi Chun (PM Spiderman), Pengarah MISJU.

Acara diteruskan dengan taklimat mengenai sukaneka yang disampaikan oleh saudara Adib Fitrie (PM Batman) termasuklah acara-acara sukaneka yang akan dijalankan serta cara untuk menyertai acara-acara tersebut pada hari Khamis nanti.


MC, Siti Nur Iylia (PM Elektra) bersama Adib Fitrie (PM Batman).

Seterusnya, saudari Siti Nur Iylia (PM Elektra) pula meneruskan acara malam ini dengan taklimat mengenai pertandingan kesenian dan Talentime. Acara-acara yang dipertandingkan dalam Pertandingan Kesenian MISJU adalah acara koir, dikir barat dan tarian.




Puan Nor Nismawati Mokhtar, yang merupakan felo yang turut hadir pada malam itu, memberi taklimat tentang sistem merit dan demerit serta kad merit yang akan diedarkan kepada penghuni-penghuni KUAZ.



Puan Nor Nismawati Mokhtar.


Kemudian diikuti dengan sesi bersama pembantu sel, di mana borang penyertaan sukaneka dan pertandingan kesenian MISJU diedarkan kepada setiap sel bagi memilih ahli sel yang akan menyertai acara-acara tersebut. Setiap acara mesti disertai oleh senior dan junior. 



Acara pada malam ini tamat pada pukul 9.30 malam. Semua sel menunggu giliran untuk mengambil kad merit di samping membuat perbincangan tentang acara sukaneka dan pertandingan kesenian yang akan dijalankan pada hari Khamis nanti.


.
.
.
.

Wartawan: Nabihah bt Mohd Noor & Azri Nadiah bt MohdYani

Editor: Ng Mei Hua





20120919 - Minggu Interaksi Senior Junior (MISJU) Hari Kedua



SALUTE kepada warga KUAZ yang menghadirkan diri pada hari kedua MISJU walaupun jadual harian kalian dipenuhi dengan kelas tutorial, makmal mahupun kuliah. Al maklum lah, student life... 



Booth-booth JKP pada malam tersebut.


Matlamat hari kedua MISJU ini ialah memberi maklumat kepada KUAZian terutamanya kepada freshie tentang JKP, kelab serta projek mega seperti FESENI, SUKMUM dan MAndeta.



Booth-booth Kelab pada malam tersebut.

Selain itu, satu kelab seni mempertahankan diri iaitu Kelab Silat turut diperkenalkan kepada para KUAZian. Lepas ni makin terrer la KUAZian bersilat ye tak? 



Dr. Nizam membuat demonstrasi berparang bersama seorang gadis.

Tayangan montaj teater yang bertajuk ‘Bukan Malaikat’ serta persembahan nasyid KUAZ yang merupakan naib johan dalam pertandingan nasyid FESENI baru baru ini dihidangkan kepada warga KUAZ. Hal ini membuktikan bahawa KUAZ mampu bertanding dan menang dalam apa jua acara. Harap-harap kemenangan ini dapat menaikkan semangat KUAZian untuk berjuang dan mengharumkan nama kolej 11 dalam acara FESENI dan SUKMUM pada sesi ini. Ganbate kudasai!




Selepas warga KUAZ mendaftarkan nama di JKP, kelab serta projek mega pilihan hati, mereka dibenarkan pulang ke bilik masing-masing. Mimpi indah ya warga KUAZ! 



.
.
.
.

15 May 2012

NOTIS PEMBERITAHUAN

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ, PERMOHONAN PENGINAPAN KOLEJ SESI 2012/2013 TELAH DI BUKA. ANDA BOLEH MENGAMBIL BORANG PERMOHONAN DI PEJABAT AM KOLEJ. TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH SEBELUM 23 MEI 2012. SILA SERTAKAN SEKALI KAD MERIT ASAL.

21 March 2012

NOTIS PEMBERITAHUAN

19 MAC 2012

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR IJAZAH DASAR (TEMPATAN), TARIKH UNTUK ANDA MEMULANGKAN KUNCI BILIK BAGI CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 2 ADALAH SELEWAT-LEWATNYA PADA AHAD 01 APRIL 2012 SEBELUM 12.00 TENGAHARI.

SILA LETAKKAN KUNCI BILIK DI DALAM SATU SAMPUL SURAT DAN MASUKKAN KE DALAM PETI "DROP KEY" YANG DISEDIAKAN DI LUAR PEJABAT AM KOLEJ. SILA TULISKAN MAKLUMAT BERIKUT DI LUAR SAMPUL SURAT ANDA:

1) NAMA
2) NO BILIK
3) TARIK KELUAR
4) MASA KELUAR

MANA-MANA PELAJAR YANG TIDAK MEMULANGKAN KUNCI SEPERTI ARAHAN DI ATAS, CAJ PENGINAPAN TAMBAHAN SEBANYAK RM6.50 X 7 HARI AKAN DIKENAKAN TERUS KE DALAM AKAUN ANDA.

SILA AMBIL PERHATIAN, PEJABAT AM AKAN DIBUKA PADA AHAD 08 APRIL 2012 JAM 12.00 TENGAHARI - 6.00 PETANG BAGI TUJUAN MENDAFTAR MASUK. KERJASAMA ANDA DALAM PERKARA INI ADALAH DIHARAPKAN.

PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ
UNIVERSITI MALAYA

01 March 2012

Bengkel Ibadah 2012

Anjuran JKP SPA
Kolej Kediaman Ungku Aziz
Universiti Malaya

3 & 4 Mac 2012

Pengisian-Fardhu ain & Fardhu Kifayah

Sila Hubungi- Atiqah: 013 9722115
Rashidah: 019 4557386
Jom sertai beramai ramai

SISTEM MERIT

PEMARKAHAN SISTEM MERIT
KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ

PEMBERIAN MERIT:
  1. Peserta program kolej = 2 markah
  2. Peserta program HEP = 4 markah
  3. AJK projek = 8 markah*
  4. Pengarah projek = 12 markah*
  5. Peserta SUKAN/SENI = 8 markah**
  6. Pengurus SUKAN/SENI = 12 markah**
  7. Wakil Universiti (ie MAKUM,MASUM, etc) = 4 markah
  8. AJK JKP/Kelab/Wakil Aras = 10 markah
  9. Pengerusi JKP/Kelab/Ketua Blok = 15 markah
  10. Timbalan Presiden,Setiausaha & Bendahari = 20 markah***
  11. Presiden JTK = 25 markah***

* Tambahan merit bonus maksimum 10 markah berdasarkan cadangan penyelia penasihat.

** Tambahan merit bonus maksimum 5 markah berdasarkan pencapaian dalam pertandingan.

*** Jaminan penginapan di kolej pada sesi akan datang.


PEMBERIAN DEMERIT:

  1. Aktiviti WAJIB (ie Fire Drill,Taklimat Pengetua) = 6 markah
  2. Kesalahan kecil (ie clamp) = 3 markah


Senarai di atas tertakluk kepada pindaan terkini oleh pihak kolej.

17 February 2012

KARVITER '12

Pementasan teater BUKAN MALAIKAT akan diadakan di Panggung Eksperimen Universiti Malaya pada 20 Februari 2012. Semua warga KUAZ harap dapat memberi sokongan kepada Team Production BUKAN MALAIKAT.
UM Website
KUAZ Official Website
KUAZ Official Website >> Blog