21 October 2010

Interfaith Talk


Marilah beramai-ramai datang untuk bersama-sama dalam perbincangan mengenai isu "Pengguguran bayi dan seks bebas menjadi trend?" Semua dijemput hadir.

Masa: 8.30 - 11.30 malam
Tarikh: 24 Oktober 2010
Tempat: Dewan Pendeta Kolej Kediaman Ungku Aziz

KUAZ BLOOD DONATION

Marilah datang beramai-ramai untuk menderma darah. Semua warga UM dijemput hadir. Setiap titisan amat bermakna.

18 October 2010

Jelajah Sukiasi KPT '10

Pada 17 Oktober 2010, Kolej Aminuddin Baki (KAB) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan jelajah ke Kolej Kediaman Ungku Aziz (KUAZ) Universiti Malaya bagi mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua kolej ini. Selain itu, jelajah ini juga bertujuan untuk mengadakan perlawanan persahabatan untuk beberapa acara sukan antaranya bola tampar, futsal, bola jaring, takraw dan catur. Terdapat juga sesi 'Sharing Moments' di mana Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Kolej Aminuddin Baki dan Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) Kolej Kediaman Ungku Aziz berkongsi pendapat dan pengalaman mengenai pelbagai perkara terutamanya yang berkaitan dengan hal-hal kebajikan kolej dan penghuninya.

Para pelajar KAB tiba pada pkul 3.00 petang dan telah disambut oleh para pelajar KUAZ dengan meriah sekali. Kemudian sesi "Sharing Moments" telah diadakan sehingga jam 4.00 petang. Kemudian para pelajar KAB dibawa mengelilingi kawasan kolej untuk melihat sendiri suasana dan persekitaran KUAZ. Tepat jam 5.00 petang semua acara sukan berlangsung serentak dan tamat pada jam 7.00 malam. Pada jam 8.00 malam, semua atlet dari KAB dan KUAZ serta para JMK dan JTK berkumpul di Dewan Pendeta KUAZ bagi menghadiri majlis makan malam dan penutupan program Jelajah Sukiasi KPT '10. Perasmian penutup telah dilakukan oleh En. Imran Nul Hakim Derasip, Penyelia Kolej Kediaman Ungku Aziz. Kemudian upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang perlawanan persahabatan telah diadakan. Majlis tamat pada jam 9.30 malam dan para pelajar KAB bertolak pulang ke UPSI.

Diharapkan agar program ini telah sedikit sebanyak memberi input yang berguna kepada semua pihak yang terlibat seterusnya menyumbang kepada kegemilangan kolej kediaman masing-masing. Insya-Allah.








T-REX '10

Kelab Fasilitator KUAZ telah menganjurkan satu program yang diberi nama 'T-REX' pada 16 Oktober 2010 bertempat di Kolej Kediaman Ungku Aziz. 'T-REX' merupakan singkatan bagi Triumph, Respectable, Eligible and Excellent. Program ini telah disertai oleh 43 orang peserta tingkatan tiga yang baru sahaja selesai menghadapi PMR mereka baru-baru ini. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 7.00 petang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini seperti sesi LDK, refreshing, explorace, dan mini-games.  Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa T-REX '10 yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan program ini berjalan lancar. Syabas!










11 October 2010

Fasi Raya

Kelab Fasilitator Kolej Kediaman Ungku Aziz telah menganjurkan Fasi Raya pada 8 Oktober dengan jayanya. Walaupun terdapat perubahan tempat program pada saat-saat akhir, namun itu tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk meneruskan Fasi Raya ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa program dan semua ahli Kelab Fasilitator Kolej Kediaman Ungku Aziz yang hadir. Semoga dengan program ini jalinan ukhuwah yang mantap dapat terjalin agar kegemilangan kelab ini dapat diteruskan.










Perjumpaan Pengetua Kolej bersama para atlet SUKMUM









8 Oktober 2010



07 October 2010

ATLET SUKMUM KUAZ


Perhatian kepada semua atlet SUKMUM, satu perjumpaan bersama Pengetua KUAZ, Dr Nadhratul Wardah Hj Salman akan diadakan. Butiran perjumpaan tersebut adalah seperti berikut:-

Tarikh: 8 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Dewan Pendeta KUAZ

*Kehadiran adalah DIWAJIBKAN. Sebarang ketidakhadiran akan dikenakan tindakan.
**Baju SUKMUM untuk para atlet akan diedarkan sejurus selepas perjumpaan ini tamat.

 Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Rumah Terbuka KUAZ

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Rumah Terbuka KUAZ '10 terutama sekali kepada pengarahnya Saudara Fahmi bin Adilah atas kejayaan menganjurkan acara ini dengan jayanya. Untuk pengetahuan semua, Rumah Terbuka KUAZ dianjurkan oleh JIK/JTK dengan kerjasama Komuniti Melayu KUAZ dan JKP KREATIF KUAZ. Majlis ini telah berlangsung pada 2 Oktober 2010. Tepat jam 10.00 pagi pertandingan 'Menganyam Ketupat Terbanyak' telah berlangsung diikuti pertandingan 'Karaoke Raya' pada jam 11.00 pagi. Setiap JKP, Kelab dan Komuniti telah menghantar wakil untuk pertandingan-pertandingan tersebut.

Kemudian pada jam 12.00 tengah hari jamuan Hari Raya berlangsung. Majlis dirasmikan oleh Pengetua KUAZ, Dr Nadhratul Wardah Hj. Salman. Turut hadir dalam majlis ini ialah barisan penyelia dan staff kolej. Kemeriahan aidilfitri jelas terasa dengan kehadiran warga kolej yang mengenakan pakaian tradisional yang indah-indah belaka. Diharapkan program ini telah berjaya memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga kolej yang berbilang kaum dan bangsa.

 
 
 
 
 
 
 


UM Website
KUAZ Official Website
KUAZ Official Website >> Blog